Bahaya Obat Kurus, Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet

Keinginan untuk kurus cepat bukanlah satu kesalahan. Tapi akibatnya boleh membawa maut jika kita ambil jalan pintas untuk menelan ubat kurus atau ubat pelangsing badan sebarangan yang tidak diluluskan.


Inilah yang telah terjadi kepada Ida, seorang wanita yang kini terlantar di katil hospital dan dipasang dengan mesin sokongan hidup.

Kisahnya viral selepas video dan gambarnya dimuat naik oleh azriel ariel di Facebook Oktober tahun lepas.

Ubat kurus tidak selamat dan merupakan jalan pintas. Berhati-hati apabila ibu ingin kurus terutamanya selepas bersalin.

Jangan ambil sebarang ubat pelangsing badan/teh diet tanpa menyemak dulu kalau produk itu didaftar, selamat ataupun tidak kerana ia boleh merbahayakan.



Akibat mengambil teh diet sebarangan, Ida telah mengalami komplikasi abdomen yang merebak ke usus sehingga ia hancur.

Doktor berkata Ida tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi, dan keluarganya telah menandatangani kelulusan untuk mematikan mesin sokongan hayat.

Selepas beberapa jam, Ida telah meninggalkan dunia secara senyap-senyap.

Theasianparent Indonesia menghubungi Meutia Faradilla, M.Si., apt., seorang profesor farmasi di Universiti Syiahkuala.

Inilah jawabannya mengenai isu pil pelangsing, ubat kurus atau teh diet yang dimakan oleh Ida dalam video dan gambar yang telah viral itu.
  1. Teh pelangsing bertindak sebagai julap atau ubat pencuci perut yang membantu mengosongkan kandungan usus, dan perut akan rasa kosong untuk lebih lama (terasa seperti perut rata).
  2. Risiko mengambil teh ini untuk jangka panjang, ialah gangguan kepada keseimbangan elektrolit dalam tubuh yang akan mengganggu fungsi sel-sel lain dalam tubuh.
  3. Yang paling membimbangkan adalah kehadiran campuran bahan kimia yang digunakan di dalam teh pelangsing.
  4. Biasanya produk seperti ini akan ditambah bahan-bahan lain untuk melangsingkan badan dengan cepat.
  5. Kita tidak tahu kesan sampingan mengambil ubat kurus, pil pelangsing badan ataupun teh diet, dan kewujudan bahan kimia di dalamnya boleh memudaratkan kita, terutama jika digunakan tanpa pengawasan.
  6. Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.

Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.

Fungsi ubat kurus atau ubat pelangsing badan

Tidak semua ubat kurus bahaya untuk digunakan. Kebanyakkan ubat pelangsing badan ini berfungsi dengan cara berikut:
  • Menurunkan selera makan
  • Menghalang penyerapan lemak/makanan
  • Meningkatkan kadar membakar lemak (metabolisme)
  • Meningkatkan suhu badan supaya mudah untuk berpeluh

Malangnya, kini semakin ramai orang tidak bertanggungjawab dan hanya ingin mengejar keuntungan yang mengedar ubat pelangsing badan dengan kandungan berbahaya dan tidak diluluskan.
Jika ubat pelangsing badan yang dibeli tidak pernah diluluskan oleh PBKD atau KKM, hati-hati.

Perhatikan tanda-tanda ini jika ambil pil pelangsing/ubat kurus/teh diet yang tidak pernah diluluskan :
  • Rasa mual atau muntah
  • Kadar jantung yang cepat
  • Kencing dengan kerap
  • Mulut kering

Jika anda mengalami sebarang atau kesemua tanda-tanda di atas, segera berhenti makan pil atau ubat tersebut.

Bahan-bahan berbahaya dalam ubat pelangsing badan boleh menyebabkan gangguan kardiovaskular (masalah jantung, strok, serangan jantung dan gangguan irama jantung), dehidrasi teruk, pemakanan yang tidak baik, mahupun kanser.

Sekiranya tanda-tanda ini tidak pulih atau bertambah buruk, jumpa doktor anda dengan segera.

Jika ingin cepat langsing selepas bersalin kerapkan bersenam dan jaga pemakanan anda, jika kita berusaha, kita pasti boleh kembali ke paras badan yang ideal.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Bahaya Obat Kurus, Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel